KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku sejak Jumaat lalu akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama baik daripada para pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.
Jumaat lalu, kira-kira 1.2 juta pengguna di tujuh wilayah di Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan penurunan paras air di kolam-kolam utama kawasan tersebut.
Penurunan paras air itu berlaku selepas kerja-kerja membersihkan pencemaran bau di Sungai Selangor yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas sementara.
Loji-loji yang terlibat adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Rantau Panjang. – MalaysiaGazette