TERKINI : Kluster Temboro, Indonesia Positif Berjaya Dikesan – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di pintu masuk antarabangsa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes positif Covid-19 itu dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

“Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.