Home Nasional 23 individu dicekup semasa berparti

23 individu dicekup semasa berparti

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sudahlah berhimpun beramai-ramai dengan mengadakan parti di kondominium, mlah lebih berani sekumpulan remaja menyimpan dadah di kediaman tersebut.

Tindakan mereka yang melanggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu akhirnya memakan diri.

Bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berjaya membongkar kegiatan itu apabila menahan 23 orang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya melakukan serbuan pada pukul 1.40  pagi  17 April lalu pada majlis ‘parti persendirian’ di sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, Kuala Lumpur.

Antara individu yang ditahan polis IPD Wangsa Maju kerana berparti persendirian beramai ramai di KOndominium di Jalan Gombak pada 17 April lalu.Foto: Credit IPD Wangsa Maju

“Hasil dari serbuan ini, telah berjaya menahan 13 Lelaki dan 10 perempuan berusia dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu polis berjaya menemui dan merampas 5 paket disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat 4.0 gram dan 8 biji pil eramin 5 dengan anggaran berat 2.42 gram,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati kesemua peserta pada parti persendirian yang hadir adalah terdiri dari rakan rakan rapat dan dijemput melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tujuh lelaki dan empat perempuan positif dadah.

 

 

Antara 23 orang yang ditahn berparti di Jalan Gombak dalam serbuan polis pada Khamis lalu.

Tegasnya, kes disiasat dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan seksyen 15(1)(a) akta yang sama. Kesemua suspek ini juga telah didapati mengingkari PKP Covid-19 dengan berhimpun bagi tujuan sosial.

“Kesemua suspek juga disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan – peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh membawa hukuman denda RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kesemua suspek ditahan di lokap berpusat Jinjang dan telah direman selama sehari untuk melengkapkan siasatan.

10 wanita antara 23 orang yang ditahn berparti di Jalan Gombak dalam serbuan polis pada Khamis lalu.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya. Polis Wangsa Maju mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat berkaitan private party tersebut dan mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bodoh bingai dorang nih… Tak sekolah ke oooi!! Tak faham ke apa itu pkp?? Moral low class!! Siap berparti dan dadah!! Tembak je dorang nih…

Comments are closed.