KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba boleh disifatkan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan bersifat terbuka kerana mampu menerima teguran.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Adham telah memberi contoh kepimpinan yang baik melalui teladan.
“Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, termasuk para pemimpin. Namun mengakui kesilapan adalah suatu tindakan yang berjiwa besar.
“Kesilapan beliau adalah tersalah sebut dan sudah tentu ia jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan kesilapan pemimpin PH (Pakatan Harapan) sepanjang 22 bulan memerintah negara sehingga mengguris hati rakyat Malaysia,” katanya di laman Facebook miliknya.
Najmil turut mempersoalkan adakah pemimpin PH memohon maaf apabila menuduh serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga mencetuskan perbalahan kaum.
Soal Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu itu, adakah pemimpin PH mohon maaf apabila memfitnah agenda penyatuan Ummah di antara Umno-Pas adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu?
“Adakah pemimpin PH mohon maaf apabila Senator P. Waytha Moorty menuduh Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam dan telah mendiskriminasi kaum India?
“Inilah yang dikatakan kesilapan sebenar yang mencerminkan akhlak pemimpin PH yang angkuh dan tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia dengan mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya. – MalaysiaGazette
tabiat rakyat malaysia…salah guna sosial media..ucapan menteri yg tersasul tersalah ckp waktu press conference or video conference pun perbesar mcm menara klcc nak runtuh..saya bukan penyokong tegar BN pun..tapi x nampak apa lah besar sgt kesalahan terlepas ckp waktu press conference..lagi pun org tu dah ngaku salah..kes 500 negara..ingat kan org yg belajar tinggi mcm dia tu x tahu ke…sudah2lah kita budaya menghentam sosial media ni..kalau dr adham baham duit rakyat or duit negara..jom pakat2 tibai…ni benda sekecik ni pun nk jadi bahan…
Setakat tersasul kata kita pun biasa tersasul dalam kehidupan sehari-hari. Sama ada anda doktor, akauntan atau guru, tersasul tu biasalah. Kita ni manusia, memang tidak sempurna. Tetapi kalau kesalahan tidak mahu mendengar nasihat yang pakar dalam bidangnya, yang itu kita tak boleh maafkan. WHO sudah isytihar yang Covid19 ini boleh berjangkit antara manusia. Tetapi Menteri Kesihatan ketika itu tidak mahu mendengar saranan WHO itu malah tidak mendengar nasihat pakar2 dari KKM. North Korea tutup sempadan mereka dengan China seawal akhir bulan Januari sebaik sahaja China lockdown Hubei Province. Sedangkan kita tahu yang North Korea itu sekutu rapat mereka dan hanya bergantung kepada China untuk sumber makanan, ekonomi dan pertahanan mereka. Taiwan juga ambil tindakan yang sama. Kerajaan PH ketika itu lebih mementingkan tukaran wang asing yang dibawa masuk Tourist China daripada nyawa rakyatnya sendiri !
Ha,ha,ha! Menteri samdol! Cuba hampa yang dok mempertahan samdul ni pikir dia dok klentong hampa Melayu ulu pun hampa boleh percaya. Pres. Amerika Syarikat pun tak pernah buat conference call sampai 500 individu. Tak pernah, ada faham ke? Sekali conference call atas screen berapa orang yang dia boleh cakap? Mungkin 12-20 tapi yang mana satu dia dok sembang? Pegawai negara lain bukan tak dak kerja lain nak tunggu samdul air suam ni. Klau 20 orang berapa lamakah dia perlukan untuk berdiskusi secara terperinci masaalah Covid-19 di Malaysia dan dinegara asing tu? Samdul ni klentong hampa semua sokong dia.
pujilah kerana.dia.puak.kamu。Minumlah air suam untuk lawan Covid 19.. Kemudian tersasul pula dan jadi.iisu. Mungkin ini sebab jawatan diberi.oleh pengkhianat menggantikan Menteri Kesihatan yang bijak , merendah diri , jujur dan bertanggungjawab. Lu fikirlah