Home Seni Hidup Aliff Syukri kantoi jual topeng muka tembus air

Aliff Syukri kantoi jual topeng muka tembus air

Datuk Seri Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR – Tidak dapat dinafikan, produk seperti topeng muka mendapat permintaan tinggi ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Justeru ramai yang mengambil kesempatan menjualnya termasuk golongan artis bagi membantu rakyat mendapatkannya kerana stok sentiasa terhad.

Tidak ketinggalan, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri juga memasarkan produk baharunya iaitu topeng muka yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping.

Menerusi Instagram Live, Aliff turut mempromosikan topeng muka tersebut yang didakwanya tahan lasak kerana ia mempunyai dua lapisan.

Dalam demonstrasi pertama, Aliff membuktikan topeng keluarannya itu tidak berjaya ditembusi angin sambil meniup pemetik api.

Netizen seterusnya mencabar untuk melakukan ujian kalis air sama ada topeng itu mampu menghalang air daripada menembusinya atau tidak.

Namun tanpa disangka-sangka berlaku air menitis menembusi topeng yang dijualnya itu ketika membuat demostrasi.

Susulan itu, netizen menyerang usahawa kosmetik itu serta mempersoalkan kualiti topeng muka berharga RM25 itu.

Seperti tidak berpuas hati, Aliff kemudian melakukan ujian sama ke atas topeng muka standard dan hasilnya membuatkan wajah usahawan itu terkesima apabila topeng muka itu tidak bocor.

Seperti sudah dijangka, video tersebut tular di media sosial dan dihentam teruk oleh netizen.

Malah, netizen turut meminta Aliff lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu produk dan buat kajian terlebih dahulu kerana bimbang menjadi mangsa kecaman netizen.

Mereka juga menasihati jutawan itu berhenti menipu untuk mengaut keuntungan semata-mata kerana bimbang produk yang dijualnya itu boleh mendatangkan bahaya kepada pembeli. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Usahlah org jual topeng muka kita pun nak jual topeng muka, yg org punya ada kualiti yg kita punya….. hemmm hampas! Cuba ingin mengambil kesempatan Dan peluang utk semata2 mencari keuntungan. Usahlah tamak….

Comments are closed.