Home Sukan Messi lebih hebat daripada Ronaldo – Beckham

Messi lebih hebat daripada Ronaldo – Beckham

Foto The Independent.

LONDON – Legenda Manchester United, David Beckham memilih Lionel Messi yang dianggapnya memiliki satu kelas lebih tinggi berbanding Cristiano Ronaldo

Goal melaporkan, Beckham berkata, pewaris jersi nombor 7 miliknya di Manchester United itu hanya pemain kedua terbaik di belakang Messi yang sudah memenangi enam kali gelaran Ballon d’Or.

“Messi sudah berada di kelasnya yang tersendiri dan mustahil untuk memiliki pemain sepertinya selepas ini.

“Cristiano Ronaldo pula bukan satu tahap sepertinya namun kedua-duanya adalah berada di tahap tersendiri,” katanya.

Beckham sebelum ini pernah beraksi menentang Messi pada 2013 ketika mewakili Paris Saint-Germain sewaktu Liga Juara-Juara.

Namun begitu, dia tidak pernah berhadapan Ronaldo dalam mana-mana perlawanan rasmi sepanjang kariernya.

Persaingan sengit antara Messi dan Ronaldo berterusan sehingga kini walaupun kedua-dua pemain kini sudah memasuki fasa akhir karier mereka.

Namun begitu, ianya tidak menghalang kedua-dua pemain untuk terus beraksi cemerlang buat kedua-dua pasukan diwakili mereka iaitu Barcelona dan juga Juventus. – MalaysiaGazette