Home Nasional Ribut petir, angin kencang di beberapa kawasan Sabah hari ini

Ribut petir, angin kencang di beberapa kawasan Sabah hari ini

Sebanyak 23 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius hari ini berbanding 21 kawasan semalam.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Sabah akan mengalami  ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, antara kawasan yang terbabit adalah Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Amaran yang dikeluarkan 10 pagi ini memaklumkan ribut petir dijangka berlaku sehingga pukul 12 tengah hari ini.-MalaysiaGazette