Home Nasional Zon merah kekal 30 kawasan, Melaka Tengah naik mendadak

Zon merah kekal 30 kawasan, Melaka Tengah naik mendadak

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat imbasan suhu badan keatas penduduk dari Kampung Periuk yang berbaris untuk menjalani saringan Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Zon merah Covid-19 kekal 30 kawasan sehingga 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lembah Pantai terus mencatatkan peningkatan iaitu kini 628 kes dengan 334 kes kebolehjangkitan, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 446 dan 375 kes diikuti Kuching dengan 260 kes.

Klang pula mencatatkan 173 kes dengan sebilangan 68 kes kebolehjangkitan, Gombak (144 kes) dan Sepang (70 kes), Hulu Selangor (50 kes).

Melaka Tengah pula mencatatkan peningkatan drastik 88 kes dengan 37 kes positif Covid-19 import.

Putrajaya juga turut menerima kes import 11 kes dengan jumlah keseluruhan 64 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Kluang (222 kes); Seremban (304 kes); Johor Bahru (192 kes); Kepong (157 kes); Titiwangsa (134 kes); Kinta (94 kes); Tawau (80 kes); Hilir Perak (65 kes); Cheras (85 kes); Kuantan (116 kes); dan Kota Samarahan (62 kes).

Dalam pada itu, lapan zon merah masih kekal dengan statistik pada Sabtu antaranya Kota Bharu (90 kes); Jerantut (72 kes); Rembau (53 kes); Batu Pahat (52 kes); Kulai 45 kes, Jasin (68 kes); Kota Kinabalu 44 kes; dan Lahad Datu dengan 42 kes. -MalaysiaGazette