PUTRAJAYA – Selepas merekodkan tidak kes kematian semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata terdapat tiga kematian baharu bagi pesakit positif Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kematian mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
“Kes kematian ke-90 (kes ke-2050) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan merupakan ibu kepada kes ke-2053 (yang turut mempunyai gejala pada hari yang sama).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu dikesan dalam masa dua minggu selepas 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
“Daripada jumlah tersebut, setakat ini 7,910 individu telah disampel di mana 77 kes positif COVID-19 dikesan (iaitu 0.97 peratus),” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.
Jumlah itu menyaksikan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di beberapa negeri.