Home Politik Apa sumbangan Kok Wai kepada Malaysia? – Najib

Apa sumbangan Kok Wai kepada Malaysia? – Najib

Tan kok wai dap
Tan Kok Wai

KUALA LUMPUR – Dakwaan pelantikan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) sebagai duta khas ke China dengan taraf menteri sebagai ‘habuan’ kerana Tiong King Sing menyokong pembentukan kerajaan sekarang tidak penting.

Malah, soal duta khas dibayar elaun RM25,000 sebulan juga tidak penting kerana Pengerusi DAP, Tan Kok Wai ketika dilantik sebagai Duta Khas ke China pun mendapat pendapatan RM27,000 sebulan.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Najib Razak, yang penting ialah hasil dari tugasnya kerana pelaburan dan perdagangan dengan negara China adalah amat besar.

Lantaran itu, beliau mempersoalkan selama 20 bulan Kok Wai menjawat sebagai Duta Khas, apa hasil dan sumbangan yang beliau berikan kepada negara.

”Yang kita tengok sumbangan dia yang paling gemilang ialah dia menulis prakata untuk komik propaganda Superman Hew yang seterusnya diharamkan seluruh Malaysia,” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Kok Wai dalam kenyataannya kepada sebuah portal mendakwa jawatan duta khas itu tidak perlu bertaraf menteri.

Malah, beliau menyifatkan pelantikan Tiong sebagai usaha kerajaan untuk mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen.

Menurutnya, mana-mana anggota Parlimen yang menyokong kerajaan akan diberi jawatan dalam syarikat milik kerajaan atau badan berkanun.

“Mereka tidak peduli sama ada calon ini layak atau tidak, semua orang boleh mendapat ‘habuan’,” kata Kok Wai lagi.

Mengulas lanjut, Najib secara sinis berkata, beliau seronok melihat gelagat pemimpin DAP kerana sebelum mentadbir negara, parti itu membantah lantikan duta-duta khas tetapi melantik Kok Wai sebagai duta khas,

Malah, DAP turut mempertahankan pelantikan Pengerusinya serta menafikan lantikan tersebut sebagai habuan politik.

Najib berkata, DAP kemudian mengadu pelantikannya dipecat oleh kerajaan sekarang dan membuat dakwaan pengganti lantikannya mendapat habuan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

King Sing dilantik jadi duta khas PM ke China

6 Komen

  1. Jaw\tan khas yg di lantik dlm kementerian keewangan zaman mrnteri silap titik perpuluhan lagi dahshat bepuluh org gaji di byar oleh kerjaan bukan dap apa funsi merwka ini dan appa hasil nya pd negara lu org dap jgan cakap selupa lancau .

  2. Arif Bdul Muluk…Kasihannya kat kau ni…Ada mata tapi buta…Ada hati tapi gelap dan ada akal tapi bodoh…

Comments are closed.