Home Foto Pilihan ‘Kesibukan’ Penduduk Flat Sekitar Kg Baru

‘Kesibukan’ Penduduk Flat Sekitar Kg Baru

Penduduk, Ibrahim Adam meluangkan masa dengan melakukan senaman ringan mengangkat berat di ruang tempat letak motosikal semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke - 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan walaupun hanya duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-36.

Dalam masa sama, tidak dapat dinafikan berada di rumah sepanjang masa menimbulkan rasa bosan apabila terpaksa berhadapan dengan rutin yang sama.

Namun jika masa terluang dimanfaatkan dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta melakukan perkara berfaedah sudah semestinya tempoh sepanjang PKP ini tidak terasa panjang.

Tinjauan Malaysia Gazette di sekitar flat di Kuala Lumpur mendapati rata-rata penghuni kediaman memanfaatkan masa terluang mereka dengan sebaik mungkin antaranya menonton filem kegemaran di Internet, bersenam, melakukan rutin harian bagi para ibu-ibu serta kanak-kanak yang dilihat bermain di depan rumah.

Suasana di sekitar flat juga menunjukkan kesemua penghuni di kawasan berkenaan akur dengan arahan PKP yang dikeluarkan selain kelihatan deretan kenderaan yang diparkir menandakan kebanyakan daripada mereka sememangnya berada di rumah.

Seorang penduduk wanita menyidai kain diampain hadapan rumahnya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Seorang lelaki bersama anaknya kelihatan berehat di laluan depan pintu rumahnya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Kelihatan keadaan lengang semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Arif Amar (kiri) bersama adiknya Alif Amar meluangkan masa bermain bola dilaluan jalan depan rumah mereka semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Seorang lelaki membuat panggilan telefonsemasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Seorang penduduk membuat panggil telefon di balkoninya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Kanak-kanak bermain di laluan jalan depan rumah mereka semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Perak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Kertas arahan yang tertera ” Stay At Home” dilekatkan di dinding bangunan flat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat PKNS, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Kertas arahan yang tertera ” Stay At Home” dilekatkan di dinding bangunan flat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat PKNS, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Kelihatan penduduk melakukan solat berjemaah diruang tamu rumah mereka semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat PKNS, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Seorang lelaki bermain telefon bimbit di ruang balkoni rumah semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020
Seorang lelaki membaca keratan akhbar sambil minum secawan air di ruang balkoni rumah semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke – 7 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bagi membendung wabak Covid-19 di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2020