PYONGYANG – Media Korea Utara terus mengunci ‘mulut’ mengenai keadaan Kim Jong Un setelah spekulasi antarabangsa mendakwa pemimpin negara itu berada dalam keadaan tidak sihat.
Spekulasi itu semakin kuat selepas kelibat Kim tidak kelihatan dalam acara sambutan memperingati datuknya, Kim II Sung pada 15 April lalu.
Pegawai Korea Selatan dan China serta sumber perisikan Amerika Syarikat meragui laporan kononnya Kim sedang sakit setelah menjalani prosedur kardiovaskular.
White House pula mengatakan pihaknya sedang mengawasi perkara tersebut dengan teliti.
Agensi berita KCNA dan media parti pemerintah, Rodong Sinmun juga tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai keberadaannya Kim.
Rodong Sinmun pula hanya memuatkan artikel tentang ekonomi dan tindakan anti-koronavirus.
Blue House Korea Selatan pula memaklumkan tiada tanda-tanda luar biasa dari Korea Utara dan Presiden Donald Trump pula berkata, tahap kesihatan Kim belum disahkan. – MalaysiaGazette