Home Nasional PKP: Pekerja Indonesia ditahan ubahsuai rumah tanpa kebenaran

PKP: Pekerja Indonesia ditahan ubahsuai rumah tanpa kebenaran

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Gombak menahan seorang pekerja pembinaan warga Indonesia yang sedang melakukan pengubahsuaian sebuah rumah kerana pengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, individu itu ditahan pada pukul 9.45 pagi tadi dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan selanjutnya.

“Semasa sepasukan polis membuat tugasan pemantauan PKP di kawasan Templer Heritage 1 Templer Park Resort Rawang terserempak dengan seorang pekerja Indonesia yang sedang terlibat dalam kerja membina rumah.

“Pihak polis telah memberitahu kesalahannya kerana membuat kerja ubah suai rumah tanpa kebenaran di luar rumah tanpa sebab yang munasabah ketika dalam penguatkuasaan PKP,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi IPD Gombak hari ini.

Tambah beliau, lelaki tersebut ditahan di bawah Perintah 11 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – MalaysiaGazette