Home Nasional Covid-19: 22 kes positif baharu di Selangor Mansion

Covid-19: 22 kes positif baharu di Selangor Mansion

Perkembangan terbaharu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini menyaksikan Selangor Mansion merekodkan pertambahan sebanyak 22 kes positif Covid-19 baharu setakat hari ini.

PUTRAJAYA – Perkembangan terbaharu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini menyaksikan Selangor Mansion merekodkan pertambahan sebanyak 22 kes positif Covid-19 baharu setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah positif Covid-19 di kawasan itu kini mencecah 107 kes.

Manakala katanya, situasi di Malayan Mansion pula menyaksikan tiada pertambahan baharu dan kekal dengan empat kes sahaja.

“Menara Plaza City One juga tidak merekodkan pertambahan kes dan kekal dengan jumlah 51 kes positif sehingga hari ini dan kawasan lain di Masjid India kekal dengan tiga kes positif sahaja.

“Di Kampung Sungai Lui pula menyaksikan pertambahan 10 kes baharu menjadikan jumlah kes positif adalah sebanytak 141 kes dan bukan Kampung Sungai Lui pula kekal dengan 315 kes positif tanpa kes baharu.

“Di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, tiada kes baharu dan angka kekal dengan 28 kes positif dan setakat ini saringan ujian Covid-19 dilaksanakan ke atas 7,749 kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Noor Hisham lagi, kluster aktif pesantren juga menunjukkan pertambahan 17 kes baharu positif sekaligus menjadikan jumlah 72 kes positif setakat ini.

Justeru, Madarasah Sungai Lui juga mencatatkan pertambahan 10 kes baharu positif menjadikan jumlah positif sebanyak 138 kes sementara kluster Sendayan mempunyai pertambahan dua kes menjadikan jumlah 79 kes positif.

“Ada juga satu kes baharu di Kluster Pesakit bawah Sisatan (PUI) Bali jumlah 40 kes positif setakat ini manakala satu petugas kesihatan Sabah positif menjadikan jumlah 32 kes dan ada satu kes kluster Hospital Muar menjadikan jumlah 22 kes,” ujarnya.

Mengulas mengenai kluster himpunan Sri Petaling dan pelajar serta guru tahfiz, katanya, seramai 29,826 kluster perhimpunan Masjid Sri Petaling telah diperiksa dalam saringan Covid-19 dan 28,587 sampel telah diambil daripada mereka.

Menurutnya, daripada sampel berkenaan, seramai 2,013 kluster telah disahkan positif Covid-19.

“Mereka adalah melibatkan lima klaster iaitu lima generasi kes indeks sehingga generasi kelima,” tegasnya.

Dalam satu lagi perkembangan melibatkan pelajar dan guru sekolah tahfiz, kata beliau, seramai 13, 833 pelajar dan guru telah dikenalpasti.

Ia melibatkan sebanyak 208 sekolah Madrasah dan ujian saringan Covid-19 telah dilaksanakan ke atas mereka.

“Hasilnya sebanyak 5,385 sampel telah diambil daripada pelajar dan guru tahfiz dan 330 orang daripadanya disahkan positif pandemik virus iaitu bersamaan 6.1 peratus,” tegasnya.- MalaysiaGazette