Home Nasional Veteran tentera, Tesco pula jadi mangsa berita palsu

Veteran tentera, Tesco pula jadi mangsa berita palsu

JHEV ATM menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan hebahan bagi mengemaskini penerima bantuan RM250 dalam kalangan balu anggota keselamatan yang berpencen dan tidak berpencen.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan dua lagi berita palsu yang tular di media sosial setakat jam 4 petang ini ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ke-3.

Menurut Pasukan Respon Pantas KKMM, dua laporan palsu kali ini melibatkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dan TESCO Malaysia.

JHEV ATM menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan hebahan bagi
mengemaskini penerima bantuan RM250 dalam kalangan balu anggota keselamatan yang berpencen dan tidak berpencen.

“JHEV ATM menasihati orang ramai merujuk maklumat sahih di laman
web http://www.jhev.gov.my/ dan di Facebook serta Twitter milik JHEV
ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Tesco Malaysia pula menafikan bahawa pihaknya telah menawarkan baucer barangan dapur bernilai RM2,500 kepada setiap pelanggannya sepanjang
tempoh pandemik Covid-19.

“Para pelanggan dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan dan hendaklah membuat semakan promosi TESCO Malaysia.

“Orang ramai boleh melayari di laman sosial Facebooknya di https://www.facebook.com/TescoMY, laman sesawang rasmi www.tesco.com.my dan katalog rasmi di http://bit.ly/Tescoweeklypromo. – MalaysiaGazette