Home Pendapat Kebiasaan baharu dan cabaran memasyarakatkan universiti

Kebiasaan baharu dan cabaran memasyarakatkan universiti

Prof Dr Mansor Abu Talib

PENDIDIKAN merupakan alat transformasi bagi menyediakan solusi terhadap kepelbagaian masalah semasa yang melanda masyarakat.  Justeru itu, bagi memenuhi misi ketiga,  universiti telah berterusan memainkankan peranan proaktif sebagai wadah yang memikirkan, memperkenal dan melaksanakan pelbagai usaha terarah melalui program pemindahan ilmu dan keterlibatan warga kampus termasuk pelajar dalam aktiviti pembangunan komuniti.

Kerangka kerja bagi agenda transformasi komuniti ini selaras dengan peruntukan dalam dokumen Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement” yang teah diterbirkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) pada tahun 2018. Ini adalah bagi memacu pencapaian Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM) Pendidikan Tinggi 2015-2025 yang telah menggariskan 10 lonjakan termasuk keberhasilan akademia dalam usaha mentransformasikan masyarakat dan negara.

Aktiviti transformasi masyarakat yang dilaksanakan oleh akademia dilaksanakan samada melalui aktiviti pengembangan, latihan professional, konsultansi dan penyelidikan tranlasional. Program ini diterajui oleh pusat tanggung jawab khusus disetiap universiti yang mempunyai indikator penghasilan tertentu dan diselia oleh Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM), JPT.

Aktiviti memasyarakatkan universiti telah disemarakkan lagi pada tahun 2019 apabila JPT memperkenalkan inisitif baharu dikenali sebagai U4S iaitu ‘Universiti Untuk Masyarakat”. U4S menitikberatkan pemindahan ilmu dengan pengisian kesarjanaan menggunapakai model quadarplehelix iaitu kolaborasi universiti-agensi-industri-komuniti yang merupakan penambahbaikan kepada inisiatif Program Pemindahan Ilmu atau KTP (knowledge Transfer Program) yang diperkenal mulai 2011 dalam RMK10.  U4S juga diterjemahkan melalui SULAM (Service Learning Malaysia – University For Society) yang menggabungkan objektif pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti serta program SKUK (Sekolah Ku Universiti Ku).

SKUK merupakan program pembangunan akademik dan penambahbaikan fasiliti di sekolah-sekolah terpilih yang meliputi elemen kesukarelawanan serta Baktisiswa dalam kalangan mahasiswa.  Natijahnya, semua entiti di universiti iaitu akademik, penyelidikan dan inovasi, hal ehwal pelajar seta jaringan industri dan masyarakat digembeling bagi perlaksanaan U4S.  Jelasnya masyarakat telah menjadi nukleus kepada makna kewujudan sesebuah universiti.

Pandemik wabak COVID-19 yang mula dikesam pada awal Mac 2020 di negara ini telah membawa perubahan kepada lanskap kehidupan masyarakat.  Wabak ini telah memberi impak terhadap segala rutin kehidupan samada aspek ekonomi, sosial, pendidikan, keagamaan dan memerlukan rakyat beradaptasi sehingga menghasilkan satu pola kebiasaan baharu. Untuk itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan unjuran bahawa pandemik COVID-19 akan mencetuskan kemelesetan ekonomi global pada 2020 dengan kesan buruk serupa seperti krisis kewangan dunia pada tahun 2008.

Di Malaysia, kesan ekonomi ini dikhuatiri menjejaskan tahap seosioekonomi seperti kehilangan pekerjaan dalam sektor tertentu, tahap pendapatan dan tabungan, mutu kesihatan fizikal dan mental lantas memberi impak kepada gaya hidup masyarakat secara keseluruhan.

Sehubungan itu kerajaan Malaysia melalui pelbagai kementerian telah mengambil pelbagai langkah perlu bagi memastikan sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial kekal ampuh dengan meminimkan kesan semasa dan selepas wabak ini. Justeru, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah salah satu intervensi berstruktur yang telah dilaksanakan kerajaan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga hari ini telah menberi kesan kepada semua pihak di university termasuklah perancangan dan pelaksanaan amalan U4S. Jelasnya, pandemik COVID-19 telah menggangu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kerja penyelidikan samada di makmal atau lapangan serta aktiviti jaringan masyarakat yang biasanyu dilaksanakan secara in-situ dalam komuniti.

Namun dari sudut positif, pandemik memberi peluang untuk universiti melihat penilaian risiko dan daya tahan institusi dalam menangani krisis yang tidak dijangka.

Sehubungan itu, kaedah teknologi IR4.0 telah menjadi penting dalam situasai wujudnya pelbagai ebiasan baharu seperti amalan penjarakan sosial, saringan kesihatan bagi yang berisiko dan halangan menghadiari aktiviti berkelompok. Kebimbangan ini ditambahkan lagi dengan ketidak pastian bila PKP ini akan berakhir.  Pastinya situasi ini memberi impak tidak dijangka dalam perlaksanaan U4S disebabkan aktiviti pemindahan ilmu bagi menyantuni masyarakat dilakukan secara turun padang dan bersemuka.

Disamping itu, majoriti penerima manfaat U4S adalah  kumpulan sasaran yang agak terpinggir dan  berkompetensi rendah dalam menggunakan aplikasi teknologi IR4.0 dalam melaksanakan aktiviti jarak jauh. Lantaran, satu solusi baharu perlu diketengahkan untuk memastikan agenda memasyarakatkan universiti boleh terus dilaksanakan semasa dan selepas wabak Covid-19.

Sehubungan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) akan membicarakan peranan dan solusi terhadap kebiasaan baharu aktiviti U4S dalam dua wacana bertajuk “Peranan Universiti Untuk Masyarakat – Semasa dan Pasca COVID-19” pada 25 April 2020 dan Bicara Pengembangan ExtenT2.0 pada 27 April 2020 secara maya. Orang ramai dijemput berinteraksi memberikan pendapat terhadap keperluan masyarakat dicapaian FB Live https://www.facebook.com/MOHEOfficial dan https://www.facebook.com/UCTC.UPM

— Penulis adalah Profesor Kaunseling Pembangunan Manusia di Fakulti Ekologi Manusia, UPM.