KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengesahkan beliau dipanggil polis dari Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi penjelasan terutama kes penyampaian sumbangan yang tular beberapa hari lalu kerana terdapat aduan.
Beliau memberitahu, dia telah dilayan baik oleh polis dan atas atas nasihat diberikan, dia akan berhenti berkhidmat menyampai sumbangan ke rumah bagi membantu mereka yang dalam kesusahan selepas ini.
Berkongsi pengalaman yang dilalui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ebit berkongsi luahan hati di Facebook miliknya hari ini.
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan.
“Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media FB saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.
“Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. Masa PKP ini sudah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.
“Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia.
“Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau,” tulisnya panjang lebar. – MalaysiaGazette
Orang yang berusaha berbuat kebaikan dihalang
Orang yang masuk secara haram di bumi Malaysia dan berbuat onar dibiarkan
Dunia dah TERBALIK,
menghalang KEBAIKAN,
menyokong KEMUNGKARAN,
Teruskanlah mengundang murka ALLAH
Sabar ya UEL. Ni juga ujian Allah kat UEL. Kat org susah, diuji ngan kekurangan. Kat UEL, diuji dengan halangan nak bagi bantuan. Kat ustaz2 online, diuji dengan rasa cemburu tgk Ustaz lain pakai keta mewah.
Ambil la peluang ni utk UEL spend time dgn famili UEL pulak. Maybe doa diorg yg rindu kat UEL tu dimakbulkan Allah kan?
Tak ada masalah nak bagi sedekah..boleh bagi kepada JKM utk diagihkan…yg jd masalah bila org lain semua kena berkurung, hang bebas bergerak dari satu negeri ke satu negeri..yg ke dua, salah nitizen juga bila baca komen di FB maki hamun & fitnah mcm2 kat agensi kerajaan mcm JKM, kerajaan negeri & pusat, maki hamun amil zakat, Pusat Zakat dan lain-lain. Semua ni menimbulkan fitnah yg merosakkan keharmonian masyarakat…niat baik tp cara tak kena..sehingga menimbulkan fitnah patut dihentikan…nanti lepas Covic boleh sambung balik sedekah ok..