Home Nasional Rohingya, beri betis nak paha

Rohingya, beri betis nak paha

Norasyikin Abdul Ghani

KUALA LUMPUR- Kerajaan sewajarnya memperlihatkan ketegasan dalam isu tuntutan etnik Rohingya untuk masuk ke negara ini dan mendapat hak sama rata yang diibaratkan  ‘beri betis hendak paha.’

Ketua Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI), Datuk Norasyikin Abdul Ghani berkata, kerajaan wajar mengutamakan kepentingan rakyat di negara ini terlebih dahulu.

Katanya, sebahagian rakyat di negara ini tidak selesa apabila dimaklumkan Persatuan Rohingya Kedah/Perlis bahawa lebih 1.5 juta etnik Rohingya menunggu masa untuk lari ke Malaysia.

Katanya, masih ramai rakyat di negara ini yang kehilangan pekerjaan, berhadapan kekangan kewangan dan kesukaran mendapat pekerjaan tambah pula kesan daripada penularan pandemik Covid-19.

“Kemasukan etnik itu ketika ini amatlah tidak wajar dan membebankan, siapa mahu menanggung kos saringan, rawatan, ubatan Covid-19 yang menelan ribuan ringgit seorang tidak termasuk makan minum, penempatan di hospital dan kuarantin.

“Jika dibiarkan pula, kita bimbang wujud kluster baru dalam kalangan pendatang asing tanpa izin dan pelarian, mungkin perlu tempatkan mereka di pulau yang terasing daripada rakyat tempatan.

“Kita masih bersyukur berada di negara ini kerana jika di luar negara ada yang membiarkan sahaja pelarian, miskin yang tidak mempunyai insuran perubatan daripada mendapat rawatan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Rohingya Kedah/Perlis, Yussof Ali bahawa kini terdapat lebih 1.5 juta etnik Rohingya di Kem Tahanan Cox’s Bazar di Bangladesh yang menunggu masa untuk lari ke Malaysia.

Seorang lagi pemimpin Rohingya di negara ini, Zafar Ahmad Abdul Ghani mengeluarkan kenyataan mahu hak sama rata pendidikan dan kerakyatan penuh di Malaysia buat kesemua pelarian Rohingya yang berada di negara ini.

Terdahulu Forum Pembangunan Belia Rohingya di Malaysia merayu kerajaan negara ini agar tidak menghalau bot yang bawa seramai 202 pelarian etnik Rohingya sebaliknya menahan mereka untuk dikuarantin bagi menjalani saringan Covid-19.

Dalam pada itu, Norasyikin berkata, rakyat dinasihatkan mempelajari sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas etnik Rohingya sehingga menjadi pelarian seperti Palestin.

Katanya, ia berlaku kerana mereka kalah dengan agama, bangsa dan negara mereka sendiri. Mereka lemah di tanah tumpah darah mereka sendiri.

“Tetapi apa yang ada pada Rohingya? Nak harap konon mereka Islam sahaja realitinya, mereka lemah, tiada duit, tiada senjata untuk lawan Myanmar. Mereka telah dikategorikan sebagai bangsa Benggali dan bangsa Benggali ini ada negaranya sendiri dan Benggali bukan Myanmar.

“Kehancuran yang telah berlaku kepada Rohingya adalah kerana kerajaan Myanmar dan majoriti penganut Buddha menolak ketuanan Rohingya.

“Itulah pelajaran paling besar buat rakyat Malaysia kenapa perlu mempertahankan agama, bangsa dan negara serta ketuanan Melayu itu sendiri, tanpa semua itu kita akan terima nasib sama dengan Rohingya,” katanya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Setuju dengan artikel ini tapi malangnya orang Melayu kita tak pandai jaga hak. Semua kelemahan dan kesilapan ini perlu si jawab oleh Tun M kerana dia yang metosakkan ketuanan Melayu. Harap BERSATU dapat sisihkan dia dari Parti kerana bersekongkol dengsn DAP. Halau saja dia. Kalau berani pecat dia.

  2. Kerajaan Malaysia jangan tertipu dgn platform Islam yg digunakan bagi meraih simpati oleh bangsa Rohingya. Mereka tidak layak utk dibantu oleh mana2 pun negara didunia. Mereka ini bangsa yg pengotor dan biadap. Seharusnya pemimpin perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menerima masuk kaum Pendatang secara beramai-ramai. Jangan disebabkan Islam yg haram jadi halal.

Comments are closed.