Bilangan kes Covid-19 yang didiscaj hari ini melebihi bilangan kes baru. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes.
Bagaimanapun, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 88 kes baru yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 691 kes.
Katanya, sehingga kini, sebanyak 41 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.