Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah pelanjutan oleh Perdana Menteri itu mampu memberi ruang kepada Kerajaan memerangi penularan Covid-19 di Malaysia secara habis-habisan, sebelum dapat dinilai semula tahap keberkesanan serta keadaan semasa jangkitan berkenaan.
Katanya, Pihak KKM juga dapat meneruskan tindakan sedia ada, serta mengiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif Covid-19 di negara ini melalui pendekatan tertumpu.