Walaupun hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa hari ini namun kepada anggota keselamatan, tugas mereka tidak berubah bagi melaksanakan sekatan jalan raya menguatkuasakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada orang ramai.
Walaupun penat bertugas secara bergilir-gilir sehingga tiga syif sejak 18 Mac lalu, pegawai dan anggota PDRM tetap komited menjalankan tugas mereka.
Walaupun sedar ancaman Covid-19 di tempat awam, demi misi memenangi jihad menghapuskan Covid-19, mereka selaku barisan hadapan terus melaksanakan tugas penguatkuasaan di atas jalan raya.