Siapa sangka tahun ini seluruh dunia termasuk Malaysia dilanda wabak Covid-19 sehingga persiapan menyambut Ramadan esok juga dalam keadaan ‘suram’ berbanding sebelum ini.
Jika dahulu bazar-bazar Ramadan di merata-rata tempat dan umat Islam ramai mengambil peluang pulang ke kampung mahupun membeli belah bagi persiapan sahur – namun ‘permandangan’ itu sudah tidak kelihatan tahun ini.