KUALA LUMPUR – Penasihat khas Perdana Menteri berhubung kesihatan umum, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood menafikan seorang jururawat yang meninggal akibat Covid-19 baru-baru ini disebabkan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE).
Jelasnya, kematian wanita berusia 32 tahun itu disebabkan jangkitan oleh seorang rakan setugasnya di wad ortopedik di sebuah hospital.
Suami rakannya itu dipercayai merupakan salah seorang peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Sama seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, setakat ini tiada seorang pun petugas kesihatan yang bertugas wad Covid-19 dijangkiti virus itu.
Sebelum itu, Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Perubatan Islam Persekutuan, Dr. Musa Mohd. Nordin mendakwa jururawat tersebut dijangkiti wabak Covid-19 kerana KKM kekurangan PPE.- MalaysiaGazette