KUALA LUMPUR – Polis memberi kebenaran kepada Ebit Liew untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah bebas untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Setakat ini tiada kertas siasatan dibuka ke atas Ebit Lew. Walaubagaimanapun tiada sesiapapun yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang perlanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Huzir, walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan Ebit, namun polis mendapati terdapat juga segelintir masyarakat yang kurang senang dengan pendakwah itu menyebabkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan
“PDRM ingin memaklumkan bahawa tujuan beliau dipanggil adalah berkaitan reaksi orang ramai berkenaan tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam media sosial dan media massa,” ujarnya.
Katanya, polis juga sedia maklum keluhan Ebit apabila beliau terpaksa menghentikan memberi bantuan setelah dipanggil oleh Cawangan Khas Bukit Aman semalam. – MalaysiaGazette
Pnggil ebit liu kenapa, patut pnggil presiden rohingya yg mintak macam2 dan x puas hati.
Selagi UIL tidak melanggar peraturan PKP, memberikan bantuan makanan, wang sewa rumah dan sebagainya kpd yg memerlukan adalah satu kemulian dan kebaikan kepada semua manusia, kenapa perlu dihalang. Berkongsi kekayaan oleh UBL dan mengambil video semasa memberi bantuan adalah soal peribadi nya. Riak atau merendahkan org lain itu juga soal beliau dgn Tuhan dan semuanya lahir dr hati yg ikhlas. Mengapa program ‘Bersama Mu’ tidak pula di kecam, walaupun merakam video sepanjang program bagi menunjukkan kesusahan dan kedaifan pihak yang dibantu?
Untuk renungan kita bersama. Telah menceritakan kepada kami [Harun bin Abdullah] berkata, telah menceritakan kepada kami [Abu Dawud Al Hafari] dari [Badr bin Utsman] dari [Amir] dari [seorang laki-laki] dari [Abdullah] dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau bersabda: “Pada umatku akan terjadi empat macam fitnah, dan yang terakhir adalah kebinasaan.” [HR. Abudaud #3703].
Fitnah yang ketiga adalah bentuk perhubungan / komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma / pemikiran negatif pada sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, fitnah didasarkan pada fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obsesi, atau menjatuhkan dan / atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata “fitnah” diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah “cobaan” atau “ujian”. Dan fitnah ini boleh dikategori sbg Fitnah antara masyarakat. Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerja sama dalam aktivitas lingkungan, relawan, perselisihan antara komunitas, saling memburukkan antara berbagai pihak, dan seterusnya…
Sedikit pesanan buat kita yang tlh melakukan keikhlafan ini, saya bukan lah seseorang yg layak menegur anda, kita sama-2 jernihkan hati dan fikiran, positifkan diri dan sentiasa bersangka baik sesama umat, buangkan ego masing2. Semoga Allah S.W.T. menerima taubat dan kekurangan kita semua, jika kita tidak mampu membantu dari segi kekayaan sepertimana yang UIL lakukan, maka cukup lah kita sokong beliau dari segi apapun semampu kita walaupun hanya mampu melihat dan berdo’a ke atas kebaikan beliau.
Wallahuaklam…