Home Nasional Presiden Rohingya Malaysia diugut

Presiden Rohingya Malaysia diugut

Zafar Ahmad Abdul Ghani

KUALA LUMPUR- Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Katanya, ekoran tuduhan tersebut beliau kini diancam dan diugut sehingga terpaksa menyahaktif akaun facebooknya.

“Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, whatsapp dan facebook saya. Kecaman dan ugutan yang saya terima rata-rata dari rakyat Malaysia.

“Usaha MERHROM untuk membantu pelarian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah terhenti akibat tuduhan palsu ini berikutan isu keselamatan.

“Saya juga ingin menafikan telah mengeluarkan kata-kata seperti “HOI YOU MALAY BODOH, THIS IS OUR RIGHT, WE DEMAND FULL CITIZENSHIP HERE!! WE HAVE RIGHT HERE!! seperti yang dimuatnaik di media sosial.

“Posting ini telah menjadi tular dan menyebabkan pelbagai kecaman dan ugutan terhadap saya, keluarga saya, ahli jawatankuasa MERHROM dan pelarian Rohingya secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Zafar Ahmad, beliau juga tidak pernah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Beliau juga menafikan membuat Facebook live di dalam kereta semasa PKP dikuatkuasakan seperti yang tular di media-media sosial.

Jelasnya, Facebook live tersebut dibuat lebih awal iaitu pada Januari lalu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Salam. Individu yg menggelarkan dirinya sebagai ‘presiden’ Majlis Rohingya Malaysia (MEHROM) ini menimbulkan banyak tanda-tanya dan reaksi negatif para netizen apabila dia menafikan dakwaan2 yg disebut di atas. Pertama, kumpulan NGO pimpinannya itu tiada dalam daftar ROS jadi ia merupakan sebuah pertubuhan haram. Kedua bukti2 penafiannya itu tidak benar kerana ada bukti2 berdokumen dan bergambar yg tersiar secara meluas dlm medsos tentang tuntutan bertulisnya utk mendapatkan hak2 yg bukan menjadi ‘hak’ pelarian, pelanggaran peritah PKP (bergambar), dan foto2nya yg memaparkan keangkuhannya ketika dlm ‘demo/rusuhan’ mencabar tindakan pihak berkuasa ke atas pelarian2 Rohingya. Apa pun, dari segi prinsip dan undang2 antarabangsa, M’sia tidak langsung tertakluk kpd ketetapan PBB atau usul yg dibuat oleh negara2 Eropah utk melindungi pelarian2 perang memadangkan ia bukan sebuah negara yg turut memeterai perjanjian tahun 1951. Malah, bantuan ehsan yg diberikan selama ini kpd golongan ini sama ada di Burma atau di mana2 saja serta perlindungan sementara di negara ini, adalah lebih daripada memadai memandangkan M’sia juga ada komitmen ke atas rakyatnya sendiri dan dlm keadaan skrng ia memerah tenaga dan sumber utk memerangi wabak pandemik Covid-19 serta kesan2 retetannya ke atas sektor2 sosio-ekonomi. Ini bererti pihak2 luar sama ada PBB, UNHCR atau Barat sekalipun tiada hak mendesak atau memaksa M’sia menerima masuk dan melayani apa juga tuntutan pelarian2 Rohingya-Bangla ini kerana stutus mereka sbg pelarian dan penumpang sementara. Kaum Rohingya sebenarnya tlhpun diberikan perlindungan dan tempat penampungan di Bangladesh, iaitu negara asal mereka sendiri. Masalah dan tekanan ke atas mereka di Burma juga berpunca daripada sikap buruk mereka sendiri yg bertindak umpama melepaskan anjing tersepit dgn menjadi seteru/pembelot kpd rakyat dan pemerintah Burma. Renung2kanlah. Salam.

  2. Dah gelabah beruk.beruk ni….berani buat berani le tanggong org rohinha sendiri tak ngaku kau presden merwka…klu dah merempat tempat orang jgan nak belaga mcam lembu laga…klu.menang pun tetap lembu.

  3. Negara kau pun tak nak kau dan orang2 kau!! Datang sini nak besar kepala. Baik kau bawak orang2 kau balik ke negara kau… Buat semak kat sini.

  4. Mohon kerajaan malaysia mengusir pelarian rohingya dari malaysia… Tanpa mengira sebab.. Bangsa ni dah mula x sedar diri… Besar kepala… Usir dari malaysia

Comments are closed.