KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudiani berkongsikan gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat terawih yang pertama pada Ramadan kali ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Rita meluahkan rasa bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Rita juga memberitahu anak sulungnya mengimamkan solat sunat terawih mereka.
Sebelum ini, Rita banyak berkongsikan beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran.
Malah, Rita juga menyertai kelas mengaji secara online bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya juga.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan pelakon itu sangat beruntung kerana memiliki anak-anak yang soleh dan minat untuk mempelajari Al-Quran. – MalaysiaGazette