Home Seni Hidup KA Petra sumbang 750 pek makanan

KA Petra sumbang 750 pek makanan

Syarikat tempatan berkaitan produk petroleum, KA Petra Sdn Bhd menyumbangkan 750 pek makanan untuk rakyat yang terjejas akibat krisis pandemik Covid-19 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR : Syarikat tempatan berkaitan produk petroleum, KA Petra Sdn Bhd menyumbangkan 750 pek makanan untuk rakyat yang terjejas akibat krisis pandemik Covid-19 ini.

Menurut satu kenyataan KA Petra semalam, sumbangan itu dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif KA Petra, Datuk Shahrul Amirul Sivagnanam kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Agihan sumbangan berupa keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain itu akan diagihkan oleh Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi kenyatan itu juga, KA Petra menyambut baik rayuan penduduk tempatan di Johor untuk menyumbangkan makanan kepada 200 keluarga dari 14 kampung di Mukim Serkat dan Tanjung Kupang, Pontian.

KA Petra juga berjanji untuk menyumbangkan 10,000 topeng muka N95 kepada barisan hadapan yang paling terdedah dengan pandemik terbabit.

Dalam pada itu, pada Rabu lalu, Syarikat STS Port Sdn Bhd menyumbang wang tunai RM1 juta kepada Tabung Covid-19, yang disampaikan oleh Shahrul Amirul merangkap Pengerusi Eksekutif STS Port.

Replika cek berkenaan disampaikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bagi membantu kerajaan menangani krisis pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette