Home Seni Hidup Kucing peliharaan ikut jejak Ashraf Sinclair

Kucing peliharaan ikut jejak Ashraf Sinclair

Foto Instagram Bunga Citra Lestari.

KUALA LUMPUR – Kucing kesayangan arwah Ashraf Sinclair yang diberi nama Toni telah pergi buat selama-lamanya selepas dua bulan pemergian aktor itu.

Isteri arwah, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari memuat naik berita duka itu di Instagram miliknya.

BCL memberitahu kucingnya itu enggan makan dan menjadi lemah selepas arwah suaminya meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Kucingnya itu dipercayai mati kerana terlalu rindukan arwah Ashraf.

“Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan sukar bagi kamu. Tidak memahami apa yang berlaku. Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.

“Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami. Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang pada daddy di sana,” tulisnya.

Allahyarham Ashraf menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan jantung. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.