Home Nasional Sedih bila pemimpin pembangkang politikkan isu Rohingya

Sedih bila pemimpin pembangkang politikkan isu Rohingya

Dr. Dominic Lau Hoe Chai. foto AFFAN FAUZI, 12 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya meneliti secara mendalam impak terhadap masyarakat Rohingya di negara ini berikutan isu yang ditimbulkan beberapa hari lalu.

Langkah itu perlu dibuat tanpa berkompromi dalam perkara yang melibatkan kedaulatan negara, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Chai Hoe.

Bagaimanapun katanya, ia tidak bermaksud Malaysia akan mengabaikan masyarakat Rohingya yang memerlukan bantuan dan umum mengetahui bahawa kita bersedia tentang itu.

“Gerakan percaya kerajaan tidak akan bertindak melulu, memelihara peruntukan undang-undang negara, membantu pelarian atas asas kemanusiaan dan yang penting tidak tunduk kepada desakan luar yang bertindak mempertikaikan keluhuran kedaulatan negara,” katanya menerusi kenyataan.

Namun, Dominic berkata, agak sedih apabila ada dalam kalangan pemimpin pembangkang turut serta mempolitikkan isu berkenaan.

Ujarnya, negara kini menghadapi wabak pendemik yang amat dahsyat dan disebabkan itu janganlah mereka berpolitik kurang matang pada ketika ini.

“Isu Rohingya ini adalah agak sensitif. Segelintir pemimpin politik menyalah-gunakan perkara ini untuk survival politik mereka.

“Ada pula yang terikut-ikut dengan sentimen tertentu. Ada juga yang menekankan kerajaan untuk menunduk kepada gesaan luar menerima masuk pelarian Rohingya tanpa sebarang jalan penyelesaian,” ujarnya.

Tambah Dominic lagi, Gerakan faham bahawa isu kemanusiaan itu amat penting dan adalah wajib sebagai sebuah negara kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Menghulurkan bantuan boleh tapi perlu lihat keadaan dan masa yang sesuai. Pembangkang kena guna akal yang letak di kepala dan bukan di bontot.

Comments are closed.