Home Ekonomi Airbus beri amaran lebih banyak pembuangan pekerja jika tiada tindakan segera

Airbus beri amaran lebih banyak pembuangan pekerja jika tiada tindakan segera

PARIS – Airbus memberitahu 135,000 pekerjanya supaya bersedia terhadap kemungkinan lebih banyak pembuangan pekerja akan dilaksanakan selain memberi amaran risiko yang dihadapi syarikat jika tindakan segera tidak diambil.

Dalam sepucuk surat kepada kakitangan, Ketua Eksekutifnya, Guillaume Faury berkata, Airbus sedang menghadapi masalah kekurangan tunai yang teruk.

Syarikat pembuat pesawat dari Eropah itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai surat tersebut kepada media.

Surat berkenaan dihantar kepada para pekerja pada lewat Jumaat, beberapa hari sebelum tarikh syarikat mengumumkan prestasi kewangan suku pertama yang mana ia sedang berjuang untuk hidup ekoran wabak Covid-19 yang menyebabkan penghantaran jet-jet ditangguhkan sejak perintah berkurung pada pertengahan Mac.- Agensi

 

+ posts