KUALA LUMPUR- Pihak polis sedang menyiasat semua berita berkaitan pelarian Rohingya yang ketika ini menjadi isu panas di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan tersebut merangkumi audio dan video yang tersebar di media-media sosial berkaitan etnik pelarian tersebut.
“Saya hairan kerana kedatangan Rohingya ke negara ini bukan perkara baharu.
“Malah pihak polis juga hairan kerana sebelum ini tiada isu mengenai Rohingya kerana kedatangan mereka sejak sekian lama adalah kerana mendapat simpati kita.
“Kerana kita tahu mereka diseksa, dibakar hidup-hidup (semasa berada di Myanmar) dan sebagainya cuma akhir-akhir ini, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, isu mengenai pelarian Rohingya ini semakin besar.
“Polis akan menyiasat semua berita mengenai Rohingya termasuk audio dan video yang telah disebarkan. Ada yang mengatakan ianya palsu tetapi polis akan menentukan sama ada ianya palsu atau tidak,” katanya semasa sidang media hari ini.
Beliau juga meminta supaya rakyat bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan menjejaskan keamanan negara.
Malaysia katanya, terkenal sebagai sebuah negara yang bertimbang rasa.- MalaysiaGazette
Yg timbulkan dan hangatkan isu rohingya ini adalah kebanyakannya dari kalangan pemimpin2 pembangkang PH yg suka mempertikai tindakan kerajaan menghalang bot pelarian rohingya dari memasuki negara.PH adalah pakar propaganda
Takkan Pak Menteri boleh buat-buat tak faham sedangkan beliau yang mengendalikan PC tiap-tiap hari ? Oleh kerana Rohingya inilah rakyat Malaysia khususnya di kawasan Selayang Baru kena PKPD, kerana sifat pengotor mereka dan kedegilan mereka yang tidak mahu mematuhi perintah kerajaan seperti Penjarakkan Sosial dan Tiada Perkumpulan. Oleh kerana mereka juga lah selama ini rakyat Malaysia khususnya di kawasan Selayang Baru hidup dalam kekotoran dan ketakutan kerana sikap gangsterism puak Rohingya ini. Sampai bilakah Kerajaan ingin membelai Kera di Hutan dan membiarkan Anak Sendiri Kelaparan ???
Ini kerja tangan kotor politik pembangkang yang mahu menangguk di air keroh. Yang dok sibuk sangat dengan isu ni ialah khalid. Dia kepala sindiket kot.
Walaupun ada musibat2 yg xbertanggungjawab membangkitkan isu rohingya nie,
kerajaan tetap kena selidik dan bertindak serta merta mengurangkan jumlah rohingya serta warga asing yg lain,kami rakyat Malaysia bimbang kerana tiada data yg sahih berkenaan jumlah rohingya serta warga asing yg lain,kami juga bimbang dengan SIKAP dan SIFAT BURUK dari majoriti rohingya dan warga asing,
keselamatan dan keharmonian rakyat adalah tanggungjawab kerajaan,
jgn terlalu nak kemanusiaan sgt smpai rakyat sendiri pun susah!!