Home Seni Hidup Membeli sambil beramal dalam kempen ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’

Membeli sambil beramal dalam kempen ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan ini, FGV Holdings Berhad (FGV) melalui syarikatnya Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli sambil beramal dengan menyertai kempen ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’.

Kempen ini bermula dari 24 April sehingga 22 Mei 2020.

Melalui kempen ini para pengguna yang membeli mana-mana produk keluaran FGV seperti Saji, Adela, Seri Pelangi, Tiara, Tiga Udang serta Gula Prai dan produk tenusu terbaharu Bright Cow hanya perlu menghantar resit berserta nama penuh melalui WhatsApp ke 017-6428765.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV), Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, Saji akan mendermakan jumlah yang terkumpul dalam bentuk barangan keluaran FGV dan wang tunai untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih setiap minggu.

“Ini merupakan tahun kedua DOP menganjurkan kempen sempena bulan Ramadan. Tahun lalu DOP berjaya mengumpul jumlah sasaran sebanyak RM300,000 hasil sumbangan orang ramai melalui pembelian minyak masak SAJI untuk kempen Infak Ramadan SAJI.

“Jumlah terkumpul tersebut telah disalurkan kepada Yayasan FELDA, MERCY Malaysia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA),” kata Haris Fadzilah.

Menurutnya, Saji akan memberikan penghargaan kepada pengguna yang memberi sumbangan melalui ‘posting’ khas di media sosial rasminya. – MalaysiaGazette