PUTRAJAYA – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan dua juta sarung tangan getah perubatan untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan Covid-19.
Kesemua bantuan itu diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumbangan itu diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Sultan Muhammad V kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu majlis di KKM hari ini.
Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. – MalaysiaGazette