Home Utama Fuziah mengaku tidak bersalah

Fuziah mengaku tidak bersalah

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengaku tidak bersalah atas dakwaan menimbulkan kegentaran awam menerusi satu hantaran di Facebook pada 9 April lalu.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret dekat sini, hari ini.

Fuziah didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Ia membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Hassan Karim dan John Fernandez.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kedua kes ditetapkan pada 16 Jun depan.

Artikel berkaitan: Bakal dihadapkan ke mahkamah esok: Fuziah mahu pertahan kebenaran

Pada 9 April lalu Fuziah memuat naik satu hantaran yang mendakwa peker-pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan balik beramai-ramai ke negara ini sehingga menyebabkan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Artikel berkaitan: Sebar berita palsu Covid-19, polis rakam keterangan Fuziah

– MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.