Pegawai Polis berpangkat Inspektor hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen 3, Klang pagi tadi atas kesalahan memperdagangkan dua wanita Mongolia Hazrul Hizham Ghazali, 30, telah didakwa atas dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa memperdagangkan satu perempuan warganegara Mongolia berusia 20 tahun yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks dengan penyalahgunaan kuasa.