Home Dunia China rekod empat kes baharu Covid-19

China rekod empat kes baharu Covid-19

China mengenakan perintah berkurung ke atas hampir tiga juta rakyatnya susulan peningkatan kes wabak Covid-19.- Gambar hiasan.

SHANGHAI – China melaporkan empat kes jangkitan koronavirus semalam, susut berbanding 22 kes sehari sebelumnya.

Semua kes terbaharu ini adalah diimport, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Ia juga melaporkan 33 kes jangkitan tanpa gejala, meningkat daripada 26 kes sehari sebelumnya.

Dengan ini, jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 82,862.

Setakat semalam, angka kematian kekal 4,633 kes. – MalaysiaGazette

+ posts