Home Politik Kerajaan Johor malang akibat puaka UMNO – Salahuddin

Kerajaan Johor malang akibat puaka UMNO – Salahuddin

Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KUALA LUMPUR – Puaka dan saka UMNO telah menjadikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutama di Johor malang kerana menyaksikan begitu tragisnya lelongan ghanimah hasil rompakan.

“Sikap pimpinan UMNO Johor yang masih sarat dengan warisan sakanya itu amat mustahil untuk berwajah adil kepada rakan-rakan Bersatu yang mereka anggap sebagai budak-budak suruhan kerana punca kuasa yang menjadikan mereka (PN) berkuasa di Johor itu sendiri adalah dengan cara yang paling tidak bermaruah dan tiada berintegriti,” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kepada rakan-rakan dalam kerajaan PN yang menang atas mandat Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya yang lalu, jalan kebenaran penuh bermaruah masih belum jauh di belakang.

“Kami kepimpinan PH bersedia untuk nenerima anda semua kembali ke dalam keluarga besar PH,” katanya lagi.

Salahuddin yakin pengalaman kita bersama membina kerajaan PH jauh lebih mulia dan harmoni berbanding dengan apa yang sedang dialami oleh anda semua di dalam kerajaan PN sekarang yang didakwanya semakin parah dengan prasangka dan sengketa.

“Kembalilah kepada jalan kebenaran. Biar mati berdiri, daripada hidup menghamba diri,” kata Salahuddin.- MalaysiaGazette

14 Komen

  1. Mulut sama saka puaka..
    Puaka xde Maruah macam kamu yg cakap begitu..
    Sedar diri la..menang dulu pun sbb penipuan n janji2 kosong

  2. Puaka dan Saka PH yg sebenarnya membawa dsn pembawa malang jika masih berkuasa di Johor…

  3. Mana tak meroyannya dah tidak dapat berlakun hendak menangis dengan petani dan nalayan.

  4. Masa kamu menteri aaas tani dulu banyak kroni PAN masuk dalam agensi pertanian.. Jangan berlagak sucilah sudin tapi buntut penuh najis berbau busuk dan hanjir

  5. Umno ke ko yg puaka, mmg puak2 ph lah yg puaka, lupa ke puak2 ko , bawa kursi yg di manangi atas tiket pas, tapi di bawa lari..ini lbh puaka dn celaka lagi drpd umno…ingat puak2 claka ko lh yg rosakkn ngra slama 21 bln jadi krjaan..

  6. Tak payah lah nsk drama sangat. Dah banyak kau berbohong pada orang melayu. Kau tu layak untuk jadi jurutol atau kerja alam flora. Berambus kah kau. Kau tu tak amanah pada nangsa sendiri. Jangan sampai eakyat usir kau dengan pentapu.

  7. saka puaka jembalang membiak subur bersama pemuja syetan. tanya pas macam mana.

  8. Dia yg puaka cakap umno puaka plak.. masa ada kuasa,bodoh,dah tak ada kuasa lagi bodoh..
    Ini lah manusia tunggangan dap.. anjing akan ikut saja apa saja arahan tuan anjing..

Comments are closed.