Home Seni Hidup Rishi Kapoor meninggal dunia

Rishi Kapoor meninggal dunia

Rishi Kapoor. foto Agensi

NEW DELHI – Pelakon veteran Bollywood, Rishi Kapoor meninggal dunia akibat kanser.

Beliau berusia 67 tahun.

Kapoor terkenal dengan lakonan dalam Bobby dan filem-filem cinta merupakan antara bintang popular yang mendominasi industri filem Bollywood dan Hindi pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Antara filemnya yang box-office ialah Khel Khel Mein, Karz dan Chandni.

Kapoor didiagnos dengan kanser pada tahun 2018 dan pernah menjalani rawatan di New York.

Beliau dikejarkan ke hospital selepas mengadu sukar bernafas, kata abangnya, Randhir Kapoor. – MalaysiaGazette