PUTRAJAYA – Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan yang memerangi penularan wabak Covid-19.
Majlis pengagihan juadah itu dihadiri Presiden Cuepacs, Adnan Mat dan Presiden PPj, Datuk Datuk Aminuddin Hassim kepada para wakil-wakil komuniti Putrajaya.
Sebanyak 700 pek makanan diedarkan untuk petugas barisan hadapan di beberapa lokasi sekitar Putrajaya.
Jurucakap Cuepacs berkata, pek makanan yang disumbangkan disumbangkan hari ini menandakan penghargaan terhadapĀ pengorbanan dan kesungguhan petugas barisan hadapan dalamĀ memutuskan rantai Covid-19.
“Ia akan diagihkan kepada semua petugas barisan hadapan yang dikenalpasti iaitu bermula dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, petugas polis dan anggota tentera di sekatan jalan raya di tujuh lokasi di Putrajaya, Klinik Kesihatan daerah Putrajaya serta hospital dan sebagainya.
“Kita mahu menghargai sumbangan mereka yang setia bekerja dan berkhidmat pada hari Pekerja hari ini. Sumbangan ini serba sedikit diyakini akan meringankan urusan berbuka puasa dan menyuntik semangat mereka di sebalik penat bertugas 24 jam untuk keselamatan rakyat,” kata jurucakap itu. – MalaysiaGazette.