Home Nasional Kelonggaran PKP ibarat amalan lepas pantang, elak kerakusan, kejutan budaya

Kelonggaran PKP ibarat amalan lepas pantang, elak kerakusan, kejutan budaya

Dewan Rakyat Parliament Proclamation of Emergency Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatikan agar mengelak sikap rakus untuk keluar dari kediaman berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membenarkan dua orang dari satu keluarga berada kereta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kelonggaran tersebut perlu dihadapi secara rasional

“Rasionalisasi amalan normal baru adalah wajib, jika tdk bencana pasti muncul lagi,” katanya dalam akaun twitter.

Sebelum ini, kerajaan memberi kelonggaran itu selepas menerima banyak keluhan ahli keluarga kerana ramai yang tidak dapat membeli barang keperluan memandangkan isteri tidak tahu memandu atau suami berdepan kesukaran memilih barang keperluan.

Takiyuddin yang menyifatkan kelonggaran PKP sebagai amalan lepas pantang, katanya, orang ramai perlu mengelak sikap rakus, lepas rindu dan kejutan budaya.

Berikutan itu, belaiu mahukan masyarakat berdisplin dalam menghadap PKP dalam mamastikan perintah tersebut tidak diingkari.

“Jgn berubah hingga menyalahi kebiasaan – jgn jadi ‘menumbuk di periuk, bertanak di lesung’,” katanya. – MalaysiaGazette