Home Nasional Moratorium: Dengar rintihan rakyat, bukan korporat – DPIM

Moratorium: Dengar rintihan rakyat, bukan korporat – DPIM

Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menyelesaikan isu moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan korporat dengan mendengar rintihan rakyat dan bukannya golongan korporat.

Perkara itu ditegaskan Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) apabila mahu kerajaan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat lebih-lebih lagi ketika negara kini berdepan krisis pandemik Covid-19 dan pematuhan arahan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, kenyataan berdolak-dalik berhubung moratorium telah menyebabkan rakyat menjadi panik dan marah.

Katanya, golongan marhaen sangat bersyukur dan lega apabila diumumkan penangguhan bayaran pinjaman sehingga Oktober 2020 melalui moratorium yang diumumkan.

“DPIM menggesa kerajaan menyelesaikan isu ini secara bijaksana dan berhemah.

“Keutamaan kerajaan adalah kesejahteraan rakyat. Kita tidak mahu melihat rakyat tertekan dan terbeban pasca Covid-19, ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga.

“Kerajaan telah menunjukkan rekod yang baik waktu krisis ini. Jangan biarkan isu ini menjadi bom jangka yang merobek seterusnya menghancurkan reputasi baik Kerajaan Perikatan Nasional,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Justeru kata beliau, kerajaan perlu mendengar rintihan rakyat yang sedang dihimpit masalah kewangan sewaktu krisis Covid-19 ini lebih-lebih lagi apabila ramai antaranya yang hilang sumber pendapatan pada waktu tempoh PKP ini.

Semalam, kecoh di laman sosial mengenai kenyataan terbaru isu moratorium yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini dinayatakan peminjam akan menerima tangguhan bayaran secara automatik dalam tempoh enam bulan berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaru malam tadi, dimaklumkan peminjam perlu membuat pemohonan jika bersetuju dengan penangguhan tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yang heran ni Menteri Kewangan bukan calang2 orang. Dia mantan CEO sebuah bank dan Gabenor BNM anak didik Zeti. Takkan lepas sebulan baru sedar? Ataupún Menteri2 Kanan yang terlanjur kata? Tak rasa pelikkah masa pengumuman morótarium depa canang cakap bank2 semua setuju pada besok hari!. Sejak bila bank berbaik hati untuk tak nak untung? Perbankan Islam lah yang sepatutnya menerajui mempertahan moratorium ini.Tapi mereka juga menumpang sekaki. Kita baca laporan tahunan bank2 untungnya Berbillion billion (MBB/PB) tapi mereka masih menutup cawangan dan memberhentikan prkerja mereka ( cost cutting). Lihatlah tamak mereka, dah untung berbillion billion masih nak cost cutting. Tak heranlah jika mereka nak untung mereka juga, tak banyak sikit. Tapi bila isu ini melibatkan “compounded interest” itu sebenarnya peminjam akan dapat heart attack lepas tempoh moratorium. Kalau isu cuma nak isi borang saja, tak perlu MK buat hebohkan? Ini sebenarnya masaalah “read the fine prints”! Tak baca terperangkap!

Comments are closed.