KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyarankan agar Gabenor Bank Negara (BNM) dipanggil untuk membuat penjelasan.
Perkara itu dipercayai ada kaitannya kenyataan BNM semalam berhubung moritorium penangguhan bayaran pinjaman sehingga Oktober 2020 sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
“Governor BNM wajar di panggil dan membuat penjelasan,” demikian ciapan Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitter.
Semalam, kecoh di laman sosial mengenai kenyataan terbaru isu moratorium yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
Ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini dinyatakan peminjam akan menerima tangguhan bayaran secara automatik dalam tempoh enam bulan berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaru malam tadi, dimaklumkan peminjam perlu membuat pemohonan jika bersetuju dengan penangguhan tersebut dan turut dinyatakan tentang kadar faedah yang perlu dibayar.
Laman Facebook BNM dihujani ribuan komen netizen yang rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman terbaharu bank Pusat itu yang disifatkan sebagai mengelirukan peminjam.
Kalangan netizen juga berpendapat BNM gagal dalam membuat keputusan yang konsisten dengan matlamat asal kelonggaran pembayaran balik pinjaman yang sepatutnya memudahkan rakyat.
Mereka juga berkata, rakyat yang membuat pinjaman telah meletakkan di dalam fikiran bahawa selepas tempoh enam bulan pinjaman perlu dibayar tanpa faedah. – MalaysiaGazette
Setuju. Gabenor BNM negara mesti dipanggil dan buat penjelasan kpd MKN dan Kabinet. Jika penjelasan tidak memuaskan, pecat sahaja Gabenor BNM. Kalau kerajaan tak pecat, kerajaan yg akan dipecat oleh rakyat…
buang je lh gabenor lantikan politik madir ni
Gabenor BNM lantikan masa PH. Elok kembalikan ke Gebenar yang lama.
Sebab dia lantikan PH. Kena turunkan dia dulu. Atau dia perlu lepaskan jawatan. Kalau tidak kenyataan dan pelaksanaan akan bercanggah.