Jika ada anugerah khas buat wanita ini, dia paling layak untuk menerimanya.
Ini kerana pengorbanan dan ketabahannya menjaga suami yang lumpuh sejak 12 tahun dan anak bongsu yang mengidap Cerebral Palsy (CP) sejak lahir 24 tahun menuntut kesabaran luar biasa.
Menurut Rosnah Abd Walad, 55, air matanya sudah kering untuk ditangisi dan ibu kepada tiga anak itu berkata, amalan istighfar menjadi pegangan hidup agar tidak lagi larut dengan rasa kecewa dengan ujian Allah.