Home Seni Hidup Peniaga biskut raya optimis penuhi permintaan masa PKP

Peniaga biskut raya optimis penuhi permintaan masa PKP

Nabilah Badrul Hidzam mengemaskini data tempahan pelanggan di pejabatnya di Desa Coalfields, Sungai Buloh baru-baru ini. Foto: MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR – Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun usahawan muda pembuatan biskut raya tetap optimis meneruskan perniagaannya ekoran permintaan tempahan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Inai Orange Resources, Nabilah Badrul Hidzam berkata, beliau telah berkecimpung lebih 10 tahun dalam sektor pembuatan biskut dan sudah biasa mengendalikan operasi menjelang musim perayaan.

SEBAHAGIAN tempahan telah siap dibungkus sebelum proses penghantaran di pusat stor Hidz di Desa Coalfields, Sungai Buloh baru-baru ini. Foto: MOHD NAIM AZIZ.

Wanita berusia 34 tahun itu mengakui kesan dari 40 hari tempoh PKP dilaksanakan mengehadkan pengeluaran biskut untuk dipasarkan apabila keseluruhan sektor perniagaan industri keseluruhannya ‘lumpuh’ seketika berikutan penularan wabak pandemik Covid- 19.

“Untuk PKP fasa keempat ini, kami beroperasi seperti biasa dengan mendapat kelulusan pihak kerajaan. Namun penghadan pekerja turut dilaksanakan selain mematuhi garis panduan (SOP) yang dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”, jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Desa Coalfields, Sungai Buloh baru- baru ini.

SEBAHAGIAN tempahan telah siap dibungkus sebelum proses penghantaran di pusat stor Hidz di Desa Coalfields, Sungai Buloh baru-baru ini. Foto: MOHD NAIM AZIZ.

Menurutnya, pihaknya menyediakan 10 jenis pilihan jenama Hidz dan tempahan pelanggan sejak sebelum PKP dilaksanakan sudah disiapkan malah pertambahan permintaan kini sedang meningkat.

SALAH satu jenis biskut raya yang dihasilkan Foto: MOHD NAIM AZIZ.

“Pasaran kami hanya tertumpu di Lembah Kelang dan kami menyediakan perkhidmatan penghantaran secara langsung terus kepada ke pelanggan berikutan pergerakan awam terhad dalam tempoh ini.

“Ada juga ejen kami yang pelanggannya di luar Lembah Kelang namun kami meminta persetujuan terlebih dahulu sebelum proses penghantaran melalui perkhidmatan kurier berdaftar,” jelasnya.

Sebanyak 16,000 botol biskut raya telah dihasilkan sebelum tempoh PKP dan akan mensasarkan jualan sebanyak 22, 000 botol bulan ini.- MalaysiaGazette