Home Politik Tubuh RCI siasat pengeluaran MyKad palsu

Tubuh RCI siasat pengeluaran MyKad palsu

Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi meneliti isu berkaitan kes pengeluaran dokumen palsu MyKad, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO itu berkata, isu itu bukan sahaja menimbulkan perhatian dan keprihatinan semua malah ia didakwa turut mengundang kebimbangan dan spekulasi dalam kalangan banyak pihak.

“Pertama, isu ini melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. Maka, adalah penting untuk satu siasatan dan saranan yang bersifat berkecuali dan objektif dijalankan.

“Kedua, negara harus tahu sejauh manakah tahap keseriusan isu ini. Melalui laporan dan dapatan RCI, kita harap pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam jenayah pemalsuan dokumen dan sebarang bentuk prosedur kemasukan dan kewarganegaraan dikenal pasti, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tindakan mereka bukan sahaja memburukkan imej negara. Malah, meletakkan keselamatan dan kedaulatan negara dalam keadaan berisiko,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KDN telah teliti kenyataan, gambar Mykad palsu tular

2 Komen

  1. INI ADALAH ISU KESELAMATAN NEGARA!!! Agen perisikan negara luar!

    Susah sangat ke nak tubuh RCI untuk perkara2 penting sebergini?

  2. Agaknya siapa kluster vvip dan rangkaian sindikit ni yang terlibat. Pendaftaran negara imigresen kementerian dalam negeri pdrm penguatkuasa. Mesti ada parti politik yang memainkan peranan lebih lebih lagi pada tahun melawar malaysia 2020. Mesti ada ysng terlibat punya. Tan sri dan dato msna yang jadi kepala sindiket sehingga kebal.

Comments are closed.