KUALA LUMPUR – Dalam keadaan negara sedang menghadapi pandemik Covid-19, insiden seorang anggota polis yang sedang bertugas dirempuh mati oleh pemandu yang dipercayai mabuk yang masih ‘berkeliaran’ pada awal pagi sesuatu yang amat dikesali.
Menurut Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah, beliau tidak tahu bagaimana hendak mendidik segelintir rakyat di negara ini dan perbuatan tersebut tidak boleh diterima.
“Tidak sepatutnya dalam keadaan negara sedang mengamalkan PKP masih ada kes memandu sambil mabuk hingga menyebabkan kehilangan nyawa manusia, lebih-lebih lagi petugas barisan hadapan tangani Covid-19.
“Ini tidak sepatutnya berlaku langsung. Saya kutuk sekeras-kerasnya perbuatan langsung tidak bertanggungjawab ini dan tolong ambil tindakan setegas mungkin.
“Mangsa adalah antara barisan hadapan kita yang sedang bantu rakyat negara ini memerangi perang Covid-19, adakah kita boleh kompromi perkara ini? Kita telah hilang seorang anggota keselamatan cukup berharga untuk kita.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota kita yang terkorban, Kopral Safwan Mohamad Ismail yang berusia 31 tahun,” katanya hari ini.
Allahyarham meninggal dunia selepas sebuah kenderaan merempuhnya ketika sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS.
Pemandu berkenaan dipercayai mabuk.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux itu.
Berikutan itu, Murugiah mencadangkan supaya kerajaan menggubal undang-undang lebih tegas dan ‘menggerunkan’ agar perkara seumpama ini tidak berulang.
“Apa yang diharapkan, pihak yang bersalah dapat diambil dan diberi hukuman yang setimpal.
“Kerajaan harus mengubal undang-undang bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk harus digantung lesen memandunya selama 10 tahun.
“Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang dan orang yang tidak bersalah menjadi korban,” tegasnya.
Dalam pada itu, Murugiah juga merayu supaya rakyat Malaysia lebih bertimbang rasa dan memberi kerjasama bagi memerangi wabak Covid-19.
“Kita belum lagi selesai berperang dan menang memerangi pandemik ini. Tolonglah fahami peranan barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus bagi memastikan kita selamat.
“Tolong bantu mereka dan menyusahkan mereka seperti ini, jangan tambah beban. Lebih baik duduk rumah jika tidak ada sebarang keperluan (untuk keluar), dengar arahan, tolonglah,” katanya. –MalaysiaGazette
Didik dulu diri sendiri sang ahli politikus. Gantung lesen memandu seumur hidup dan dicampak ke dalam penjara sekalipun,TIDAK SETIMPAL dengan terkorbannya seorang hamba ALLAH.
Bukan lesen saja ditamatkan tapi penjara 20 tahun keatas dengan itu lesen pun secara otomatik tamat selama 20 tahun.
Apatah lagi, sang pemandu berada dalam keadaan mabuk dengan arak.
Nanti ade la peguam2 pembangkang yg akan membela pemandu mabuk tu…. Nk buktikan x bersalah..
Dakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh. Baru betul. Kemudian keluarga si mati saman tuntut ganti rugi. Ajar sikit.
Keluarga buat saman sivil tuntut ganti rugi yg sawajar nya .bgi kes kemalangan mahkhamah perlu menkatuh kan hukuman maxima penjara mendotari dan sebatan harap ubah akta jpj.
Pertama sekali tutup premis yg menjual minuman keras…
Kedua Malaysia bebas Dan merdeka dari sebarang minuman keras…
ADA BRANI….????
10 TAHUN X BERBALOI DGN NYAWA YG DH HILANG SEHARUSNYA PESALAH MEMANDU MABOK DAN MENYEBABKAN KEMATIAN HUKUMANNYA MESTI GANTUNG MANDATORI UTK BERI KEADILAN KEPADA KELUARGA MANGSA YG AKAN MENANGGUNG TRAUMA SEUMUR HIDUP MEREKA. JIKA DIKENAKAN PENJARA DAN DENDA PESALAH AKAN BEBAS BILA TAMAT HUKUMAN DAN BOLEH MEMANDU SEMULA DI JALAN RAYA BAGAIMANA DENGAN KELUARGA MANGSA YANG BERTERUSAN MENANGGUNG TRAUMA. FIKIR2KAN LAH.
Jika pemandu mabok dan menyebabkan kemalangan dan mangsa cedera parah pampasan sebanyak 10k sbln dirasakan memadai selama mangsa masih hidup atau jika dlm masa itu mangsa meninggal dunia pampasan tersebut harus dibyr oleh pesalah kpd waris terlibat selama 50 tahun..selain pesalah dihukum penjara krg lebih 15 tahun baru adil utk mangsa dan keluarga mangsa..ianya supaya menjadi pengajaran buat semua jgn suka melanggar undang2.