KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin amat sedih apabila menerima berita kematian seorang anggota polis yang dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas mengawal sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan.
Perdana Menteri berkata, kematian Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail merupakan satu kehilangan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan negara.
”Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan pasukan PDRM. Saya harap tragedi ini tidak akan mematahkan semangat anggota PDRM dan frontliners yang lain dalam menjalankan tugas.
‘Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” ujar beliau. – MalaysiaGazette