Disebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan esok, jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 terus meningkat, hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sejumlah 122 kes baharu direkodkan hari ini yang mengatasi kes sembuh Covid-19.
“Sehingga 3 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,780 kes.