Home Akhbar Cina 4 ditahan kerana rebonding dan warna rambut

4 ditahan kerana rebonding dan warna rambut

Foto hiasan

ALOR SETAR – Gara-gara mahu beraya dengan gaya rambut baharu, dua lelaki dan dua perempuan ditahan polis kerana menjelajah 20 kilometer dari Alor Setar ke kedai di Jitra untuk menjalankan rebonding rambut dan warna rambut.

Walaupun rebonding itu berhasil, tetapi perjalanan pulang ke rumah tidak pula lancar apabila mereka ditahan polis dalam sekatan jalan.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, empat orang itu berumur antara 15 hingga 20 tahun dan berkongsi satu kereta.

Mereka menggunakan jalan kampung ketika balik dari Jitra ke Alor Setar untuk mengelak sekatan jalan.

Mereka telah ditahan dalam operasi yang dijalankan polis pada pukul 10.30 malam ke atas penduduk yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Mohd. Rozi Zidin berkata, sejumlah 10 orang berumur antara 15 hingga 47 tahun termasuk empat orang dari ‘geng gunting rambut’ telah ditahan dalam operasi yang dijalankan.

Katanya, seorang lelaki yang diburu polis atas kes dadah dan seorang lelaki Indonesia yang memiliki dadah juga ditahan dalam operasi tersebut.

Tegasnya, walaupun PKP dilonggarkan tetapi ia tidak dimansuhkan dan orang ramai masih perlu mematuhi perintah itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.