KUALA LUMPUR – Arahan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi idea kepada Bunkface melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Tolong.
Lagu itu mengisahkan tentang keadaan dunia ketika memerangi wabak virus Covid-19 di mana seluruh umat manusia menjalani proses kuarantin serata di minta untuk duduk di rumah sahaja.
“Muzik video lagu Tolong juga dihasilkan atas usaha tolong menolong dalam kalangan peminat Bunkface dan rakyat Malaysia.
“Kami berharap lagu ini dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral kepada rakyat seluruh rakyat Malaysia dan kami sedar dalam keadaan yang agak terbatas sekarang ini, hampir tiada sesiapa pun yang tidak terjejas sama ada dari segi zahir atau pun batin.
“Percayalah, penyatuan kita sebagai satu komuniti manusia akan mampu menangani apa jua masalah, Insya Alllah,” katanya Bunkface.
Lagu Tolong telah dilancarkan pada 29 April lalu di laman rasmi YouTube Bunkface : https://www.youtube.com/watch?v=-JJm1GoaJM4.
Komposer dan lirik lagu adalah vokalis mereka, Sam. – MalaysiaGazette